WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN
SOLAT
- Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah
sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:
1.
Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.
2.
Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam
selepas naiknya matahari.
3.
Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu
Zuhur).
4.
Selepas sembahyang ‘Asar hingga terbenam matahari.
- Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini
bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja,
iaitu:
1.
Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu
seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.
2.
Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan
istikharah.
- Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu
tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu
juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut
ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:
1.
Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang
telah luput (qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.
2.
Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti
sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).
3.
Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.
4.
Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.
- Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa
waktu lain yang ditegah melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa
khatib menaiki mimbar masjid untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang
Maghrib kecuali sunat rawatib pada kedua-duanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan