Rukun Solat
Perkara yang mesti dilakukan dalam solat.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Perkara Yang Membatalkan Solat
Ertinya tidak Sah Solat serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan solat ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat solat.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(THUMAKNINAH – berhenti seketika dalam waktu lebih lama).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan