Untuk menunaikan sembahyang, kita
diwajibkan berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil)
terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga
jika kita ingin melakukan:-
- 1. Sembahyang-sembahyang
sunat.
- 2. Thawaf di Baitullah.
- 3. Menyembahyangkan mayat.
- 4. Sujud tilawah atau sujud
syukur.
- 5. Memegang (menyentuh/membawa)
Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika
kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada
enam:-
- 1. Orang Islam (orang
bukan Islam tidak wajib berwuduk)
- 2. Mumayiz, iaitu telah dapat
membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang
telah berusia 9 tahun.
- 3. Air mutlak (air yang
suci lagi menyucikan).
- 4. Bersih dari Haidh, Nifas
dan Junub atau dalam Hadas Besar.
- 5. Jangan ada pada anggota
kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke
kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna
rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
- 6. Mengetahui dan dapat
membezakan mana yang fardhu dan sunat.
Perkara yang
membatalkan wuduk.
Enam Perkara Yang Membatalkan
Wuduk ;
- Keluar sesuatu dari salah satu dua
jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi,
nanah, darah atau mani dan sebagainya.
- Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena
sebentar ketika sedang duduk.
- Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan,
gila, sawan, pitam dan sebagainya.
- Menyentuh kemaluan manusia atau dubur
dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun
mati.
- Bersentuh kulit antara lelaki dengan
perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang
tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek,
cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
- Murtad.
Rukun-rukun Wuduk
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-
1. Niat
bermaksud
"Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala". Sebelum
berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah
dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua tangan hingga ke
siku
4. Menyapu air di kepala
5. Membasuh kedua kaki
6. Tertib
Doa Ketika Wuduk
1.
Ketika
berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan
lidahku ini”
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah
|
2.
Ketika
membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku
di akhirat kelak, jangan kau hitamkan muka ku ini”
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri
|
3.
Ketika
membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah
hisab-hisab tangan kanan ku ini”
4.
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di
tangan kanan
|
5.
Ketika
membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau
berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di
tangan kiri
|
6.
Ketika
membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku
dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam
matahari sejengkal di atas kepala.
|
7.
Ketika
membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa
telinga ku ini”
Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat,
memfitnah, lagu2 berunsur maksiat.
|
8.
Ketika
membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah
aku melintasi titian siratul Mustakim.
Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali
|
9.
Ketika
membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku
pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat maksiat”
Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita
di tangan Allah
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan