Isnin, 5 November 2012

Syarat Sah Solat


Syarat Sah Solat ada 5




1.     Yakin Masuk Waktu
1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.
2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenam matahari.

3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikit pun kesannya.
4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.
5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.

2.       Mengadap Kiblat
Pengertian Kiblat
Al-Manawi dalam kitabnya at-Tauqif ‘al-Muhimmat at-Ta‘rif menjelaskan bahawa “kiblat” adalah segala sesuatu yang ditempatkan di muka, atau sesuatu yang kita menghadap kepadanya. Jadi secara harfiah kiblat mempunyai pengertian arah ke mana orang menghadap. Oleh karena itu Kaa’bah disebut sebagai kiblat karena ia menjadi arah yang kepadanya orang harus menghadap dalam mengerjakan solat. Penentuan arah kiblat pada hakikatnya adalah menentukan posisi Ka’bah dari suatu tempat di permukaan bumi, atau sebaliknya.

3.         Suci Daripada Hadas
JENIS-JENIS HADAS
Hadas kecil
Hadas besar
PENGERTIAN HADAS KECIL
Berbagai pengertian hadas kecil diberikan, secara ringkasnya disenaraikan setiap pandangan mengenainya di bawah ini:
Hadas yang hanya menyebabkan wajib wuduk
Hadas membatalkan wuduk
Hadas memerlukan kita mengangkatnya dengan mengambil wuduk 
CONTOH HADAS KECIL
Keluar sesuatu daripada dua jalan iaitu qubul atau dubur, seperti:
*Kentut, kencing, tahi, mazi, keputihan dan wadi.
*Tersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik
*Tidur yang tidak tetap dua punggung
*Hilang akal dengan sebab mabuk dan gila
*Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan

PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN SEMASA BERHADAS KECIL

*Menunaikan solat
*Tawaf di Kaabah
*Menyentuh Al-Qur'an
PENGERTIAN HADAS BESAR
Hadas yang mewajibkan mandi
 CONTOH-CONTOH HADAS BESAR
*Bagi lelaki dan perempuan:   Persetubuhan
Keluar mani
*Khas bagi perempuan sahaja:
   Haidh: darah yang keluar dari dari faraj perempuan tiap-tiap bulan di kala badannya sihat
   Nifas: darah yang mengiringi kelahiran
   Wiladah: kelahiran yangbelum sampai waktunya

4.       Suci  Daripada Najis
Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang hendaklah terlebih dahulu memastikan dirinya
pakaiannya serta tempatnya bersembahyang suci daripada najis.
Jika terdapat najis pada perkara-perkara yang disebutkan itu, maka hendaklah ia dibersihkan
terlebih dahulu sehingga tempat yang terkena najis itu menjadi suci.
 Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:
“Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan!”
(Surah al-Muddatstsir: 4)
Syarat suci daripada najis ketika di dalam sembahyang adalah juga berdasaripa “Aisyah”
Radhiallahu ‘anha,  Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Jika datang darah haid maka tinggalkanlah sembahyang, dan jika telah berlalu haid itu maka bersihkanlah (darah) dari dirimu dan kerjakanlah sembahyang.
 (Hadits riwayat al-Bukhari)
Daripada ayat dan hadits di atas, jelas bahawa tidak sah sembahyang seseorang yang terdapat najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang.

5.       Menutup Aurat
Pengertian Aurat
Aurat (Bahasa Arab: عورة) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan.

Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.
1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.
2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

 Aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:
1. 
Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.
2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.
3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut
4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.

Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan