Assalamualaikum dan selamat bercuti….
Bertemu lagi kita pada kali ini. Ustazah rasa syukur
sangat kerana masih lagi diberi kesihatan dan masih mampu melakukan ibadah.
Minggu ini ustazah mengajar Pend Islam Tahun 4 bidang Ibadat dengan tajuk“Syarat Wajib
Solat”
jadi ustazah terfikir untuk di kongsikan bersama dengan pengunjung di blog ustazah ni pulak.
jadi ustazah terfikir untuk di kongsikan bersama dengan pengunjung di blog ustazah ni pulak.
Adapun SYARAT WAJIB SOLAT adalah
4 perkara:
1. Islam - wajib solat ke atas
semua orang Islam
2. Baligh - bermaksud cukup umur, bukan cukup umur sambut hari jadi. Tapi
cukup umur mengikut syarak. Cukup umur bagi lelaki ialah ketika bermimpi di malam
hari dan keluar air mani. Baligh bagi perempuan pula apabila ia didatangi haid
(period) mulai umur 9-15. dan ustazah ingatkan kepada murid perempuan bahawa
jika sampai umur 15 tidak didatangi haid berjumpalah dengan doktor.
3. Berakal - wajib solat bagi mereka yang berakal waras, jika akal dah tak
siuman tidak wajib atasnya solat
4. Suci dari Hadas - Suci dari Hadas
Kecil dan Hadas Besar adapun hadas kecil seperti kentut, buang air kecil dan
air besar. Sementara Hadas Besar pula seperti haid, nifas, wiladah, keluar
mani. Jika berhadas besar perlulah mandi hadas besar(mandi wajib) dahulu
barulah boleh solat.
Sekian, harap dapat
memberi manfaat buat semua yang membaca.
-Ustazah Saadiah-
Marilah kita tunaikan solat kerana solat itu tiang agama... Terima kasih moga kita semua mendapat manfaat.....
BalasPadam