Rabu, 14 November 2012

Solat Jamak Dan Qasar

Pengertian Solat Jamak

Mengumpulkan  dua solat dalam satu waktu: misalnya mengumpulkan solat Zuhur kepada Asar dan sebaliknya. Serta fardhu Maghrib dengan Isyak dan sebaliknya.

Solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu jamak takdim dan jamak takhir.

*Solat Jamak Takdim
Bila solat Zuhur dijamakkan dengan Asar pada waktu zuhur, solat Maghrib dan Isyak pada wakyu Maghrib.

*Solat Jamak Takhir
Apabila solat Zuhur dan Asar pada waktu Asar, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak.

Pengertian solat Qasar

Memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat Isyak, Zuhur dan Asar.

Solat Jamak dan Qasar 

Solat jamak dan qasar ialah solat yang boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah.


Hal-hal Berkaitan Jamak dan Qasar

Apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah (ulama-ulama berbeza pandangan dalam menentukan jaraknya, ada yang menyatakan 48, 56 dan 60 batu) maka dia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali.


Ertimya boleh menjamakkan dua solat serta mengkasarnya sekali. Walau bagaimanapun dia boleh melakukan antara salah satu yang berikut:


*Menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar.

*Menjamakkan dua solat fardu dan qasar.
*Mengqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zuhur, Asar, isyak dengan dua rakaat yang berasingan.

" Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, sama ada senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan