Isnin, 5 November 2012

Bersolat Tanpa Berdiri


Antara keuzuran yang membolehkan seseorang itu bersolat tanpa berdiri.


1. Seseorang yang takut akan pening kepalanya yang boleh mengganggu kekhusyukan solat.


2. Seseorang yang takut sampannya tenggelam jika dia bersolat berdiri di atas sampan.


3. Seseorang yang mengidap penyakit salis al-baul ( penyakit kencing tidak lawas) di mana jika ia solat berdiri air kencingnya akan mengalir.


4. Seseorang yang diberitahu oleh doktor yang boleh dipercayai bahawa tanpa solat berdiri penyakitnya akan cepat sembuh.


5. Seseorang yang jika dia bersembahyang berdiri akan diketahui kedudukannya oleh musuh dalam peperangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan