Selasa, 27 November 2012

Waktu Solat Fardhu



Waktu Solat Fardhu 5 waktu Sehari Semalam


Nama Solat

Bilangan Rakaat

Masa

Subuh

2 rakaat

Pagi

Zuhur

4 rakaat

Tengah hari

Asar

4 rakaat

Petang

Maghrib

3 rakaat

Senja

Isyak

4 rakaat

Malam

Jumaat, 23 November 2012

Mari Bernasyid




Sepohon Kayu


Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

( ulang 1 )

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

( ulang 1 )

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Isnin, 19 November 2012

Teknik Khusyuk Dalam Solat

Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah:

1.   Sentiasa melaksanakan solat berjemaah ( yang paling afdal ialah di masjid)

2.   Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.

3.   Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

4.   Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

5.   Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.

6.   Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak mengadap pembesar negeri.

7.   Tempat sujud dipastikan supaya tiada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.

8.  Mengingati mati dan memungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.

9.   Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

10.   Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.

11.   Memahami segala bacaan dalam solat termasuklah ayat-ayat Quran dan segala zikir.

12.   Sebelum mengangkat takbir membaca Surah An-Nas, salawat atas Nabi Saw, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

13.   Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.

14.   Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

15.   Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.

16.   Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.

17.   Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Rabu, 14 November 2012

Solat Jamak Dan Qasar

Pengertian Solat Jamak

Mengumpulkan  dua solat dalam satu waktu: misalnya mengumpulkan solat Zuhur kepada Asar dan sebaliknya. Serta fardhu Maghrib dengan Isyak dan sebaliknya.

Solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu jamak takdim dan jamak takhir.

*Solat Jamak Takdim
Bila solat Zuhur dijamakkan dengan Asar pada waktu zuhur, solat Maghrib dan Isyak pada wakyu Maghrib.

*Solat Jamak Takhir
Apabila solat Zuhur dan Asar pada waktu Asar, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak.

Pengertian solat Qasar

Memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat Isyak, Zuhur dan Asar.

Solat Jamak dan Qasar 

Solat jamak dan qasar ialah solat yang boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah.


Hal-hal Berkaitan Jamak dan Qasar

Apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah (ulama-ulama berbeza pandangan dalam menentukan jaraknya, ada yang menyatakan 48, 56 dan 60 batu) maka dia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali.


Ertimya boleh menjamakkan dua solat serta mengkasarnya sekali. Walau bagaimanapun dia boleh melakukan antara salah satu yang berikut:


*Menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar.

*Menjamakkan dua solat fardu dan qasar.
*Mengqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zuhur, Asar, isyak dengan dua rakaat yang berasingan.

" Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, sama ada senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah"


Selasa, 13 November 2012

Kem Bestari Solat Tahun 4 (2012)



Peserta Perempuan Kem Bestari Solat Sedang Solat Zuhur Berjemaah

Peserta Kem Bestari Solat Nak Makan Tengahari....
Baca Doa Dulu Ye!!!!!!

11 Perkara Yang Membatalkan Solat


1.   Berkata selain lafaz solat dengan sengaja (walaupun sepatah dua kata yang mempunyai erti).

2.   Melakukan pergerakan lebih daripada tiga kali berterus-terusan atau sekali tetapi kuat dan bukan pergerakan solat.


3.   Berhadas seperti terkentut atau terkencing.


4.   Terkena najis.


5.   Terbuka aurat (kecuali segera ditutup).


6.   Berubah niat.


7.   Mengadap ke arah lain daripada Baitullah.


8.   Makan dengan sengaja.


9.   Minum dengan sengaja.


10.  Tertawa berbahak-bahak.


11.   Murtad (keluar dari Islam)

Isnin, 12 November 2012

Seksa Meninggalkan Solat Fardhu


"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka sagar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang" (Al-Mudathsir: 42:43).


Barang Siapa yang meninggalkan sembahyang fardhu, seksanya umpama:


Subuh:
Allah akan mencampaknya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak
Allah berseru kepada mereka,
"Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku". Segala gerak gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

SEKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
*Allah kurangkan keberkatan umurnya.
*Rezekinya disempitjan oleh Allah.
*Tidak ada tempat baginya di sisi Agama Islam.
*Doanya tertolak.
*Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
*Amal kebajikan yang dilakukan langsung tidak diberi pahala.

SEKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT
*Akan menghadapi maut dalam keadaan hina.
*Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
*Matinya dalam keadaan tersangat haus, walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

SEKSAAN KETIKA DI DALAM KUBUR
*Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
*Kuburnya akan digelapkan.
*Allah akan menyeksa dengan pedih sehingga hari Qiamat.

SEKSA KETIKA BERADA DI AKHIRAT
*Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat.
*Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
*Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

Ahad, 11 November 2012

Proses Pengajaran dan Pembelajaran



        

           Ustazah...nak masuk kelas!



 Bahan bantu yang digunakan.




 Meneliti buku teks, nak kena buat kerja rumah...




            Berbincang....jawab soalan latihan