Ali bin Abi Talib r.a.
berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. ' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' "Sabda Rasullullah saw, ' Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan
buah khuldi.
Sembahyang
Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin
yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta
sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.' Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang. ' Rasullullah saw bersabda, ' Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.' Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.' Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu: a) Dibebaskan daripada api neraka. b) Dibebaskan dari nifaq. "Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?' Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.' Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.' Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara: a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram). b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga. e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan). f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath. g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.' Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.' Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'
Peringatan
!!!
"Dan sesungguhnya
akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang
sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan)
yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286) |
Solat Tiang Agama
“Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan Mungkar”
Jumaat, 7 Disember 2012
Rahsia Solat fardhu Lima waktu
Khamis, 6 Disember 2012
Selasa, 4 Disember 2012
Ahad, 2 Disember 2012
Solat Berjemaah
Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum.
Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis
solat yang dikerjakan, iaitu:
- Fardhu
ain pada solat Jumaat;
- Fardhu
kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
- Sunat
pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah
padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari,
solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim
mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti
di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim
yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah
maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu
ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah
orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu
Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada
Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke
masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk
bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi
kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui
bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di
masjid.
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27
darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali
arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah
bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak
fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid
dan semasa dia berada dalam masjid.
Selepas ini insya-Allah akan diterangkan
fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar
cintakan solat berjemaah.
Wallahu a’lam.
Sabtu, 1 Disember 2012
Soalan Latihan
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang betul
tiga belas
salam
lima kali
ab’ad
tengahari
hai’ah
kedua
tidak sah
empat
subuh
1. Orang Islam wajib menunaikan
solat fardu ……………….sehari semalam.
2. Solat Zuhur ada …………rakaat
dan wajib dikerjakan pada waktu ………………………
3. Rukun Solat ada ……………..
perkara, sekiranya tertinggal solat tidak sah.
4. Erti rukun ialah sesuatu
perkara yang mesti dilakukan, sekiranya tidak dilakukan sesuatu perbuatan itu ………………….
5. Erti Solat ialah beberapa perkataan
dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan ………………...
6. Doa Qunut dibaca ketika
Solat ………………..
7. Solat merupakan Rukun Islam
yang ……………………
8. Perkara sunat dalam solat
ada dua iaitu sunat ………………..dan sunat ……………………..
tiga belas
|
salam
|
lima kali
|
ab’ad
|
tengahari
|
hai’ah
|
kedua
|
tidak sah
|
empat
|
subuh
|
1. Orang Islam wajib menunaikan
solat fardu ……………….sehari semalam.
2. Solat Zuhur ada …………rakaat
dan wajib dikerjakan pada waktu ………………………
3. Rukun Solat ada ……………..
perkara, sekiranya tertinggal solat tidak sah.
4. Erti rukun ialah sesuatu
perkara yang mesti dilakukan, sekiranya tidak dilakukan sesuatu perbuatan itu ………………….
5. Erti Solat ialah beberapa perkataan
dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan ………………...
6. Doa Qunut dibaca ketika
Solat ………………..
7. Solat merupakan Rukun Islam
yang ……………………
8. Perkara sunat dalam solat
ada dua iaitu sunat ………………..dan sunat ……………………..
Rabu, 28 November 2012
Langgan:
Catatan (Atom)